Search

“Masalah mula timbui... Bila cef masakan western p...

  • Share this:

“Masalah mula timbui... Bila cef masakan western pi masak masakan Melayu. Hancoqlah... Benda tak biasa buat. Tu yang termasin la, termanih la, terpedaihlah... Harga pula pi letak harga sebelum Covid. Matilah.”
Aku terdiam.
Lagu aku pernah dengaq cerita ni.
Lagu cerita yang aku tengah nak tulih pula.
Takkanlah...
“Kebetulan pula wartawan mai nak buat cover. Cuak habihlah. Dahlah dia baru pegang jawatan tu. Kalau keluaq dalam surat khabaq cerita hat buruk-buruk, kan rosak reputasi dia. Masalahnya, lepaih wartawan tu rasa... Baru dia tau yang cef sepatutnya masak tu tak dak. Menggelabah la. La ni, dia berharap ada peluang kedua. Jadi, dia nak suruh mak cik ganti cef yang kena kuarantin tu. Kalau mak cik setuju aje, dia nak panggil wartawan tu mai balik... Cover cerita tu balik.”
“Dia tu... Siapa, cef?”
“Oman. Oman Al-Fateh. Anak kedua, Omar Al-Fateh. Dia yang la ni take over semua rangkaian hotel di utara ni.”
Memang cerita akulah tu. Jadi, masinlah mulut Hannan... Memang cef dia betui-betui kena Covid! Kalau dia teruih-terang dari awai kan senang... Aku pun tak hangat hati lagu ni!
“Masalahnya, bila mak cik dah pi ke sana... Mak cik kena cari orang untuk jadi personal cef dia. Dia nak yang boleh masak macam mak cik. Masalahnya, mana ada kawan-kawan cef yang nak ganti. La ni kan Ramadan. Cef semua sibuklah. Tu yang mak cik... Tengah pening ni.”
“Sat-sat... Jadi personal cef untuk Oman Al-Fateh?”
“Haah. Bukan payah pun masak kat dia. Dia dah sediakan semuanya dalam peti aih, masak aje. Dia tak cerewet. Dia cuma nak masakan rumah aje. Masakan yang biasa kita makan. Sekali, sehari. Masak, tinggai. Dia akan panaihkan kalau sejuk.”
Dan aku...
Tersengih.
Pucuk di cita...
Ulam mendatang.
Aku dah dapat idea...
Untuk hari pembalasan!

#LamaranRamadan


Tags:

About author
Apa yang di dalam page ini, merupakan hal-hal berkaitan dengan Syamnuriezmil. Page ini diadmin oleh penulis sendiri. Tidak boleh dishare apa saja link ke belog saya kecuali dengan izin.
Bukan penulis sepenuh masa tapi aku mahu menulis sehebat Shakespeare, sejiwang Jane Austen dan sesem
View all posts